Sabtu, 23 April 2011

Choc Moist Cake & Buttercream


Choc Moist Cake & Buttercream + Choc Ganache
1.2 kg
RM 38.00

Choc Moist Cake & Choc Ganache
600gm
Rm 25.00


Khamis, 14 April 2011

Brownies Cheese Marble Lagi...

Hihihihih, buat brownies lagi....tapi kali ni lebih lembut sebab bakar guna kaedah steambath...lagi lembut dan terasa keenakan coklat kek nya...marveles....

Kek Karamel


Alhamdulillah, bertambah lagi rezeki akak hari ni, ade lagi customer call nak oder kek karamel untuk besday anak lelaki bongsunya. Fuhh!!! baru siang tadi settlekan cupcakes, malam plak sambung buat kek karamel...rezeki Allah nak bagi jangan ditolak...dengan penuh sabar dan yakin akak membaking dengan hati yang tenang dan ikhlas, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah....Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan setiap perjalanan akak... syukur, syukur.....alhamdulillah..

Rabu, 13 April 2011

Order from Noorhafisah

Assalamualaikum, hari ni ade seorang lagi customer order cupcakes. Bukan orang lain, die biras akak jugak..Noorhafisah, die order kek untuk sambut besday ank bongsu die Danish. Pejam celik-pejam celik dah besar rupaye anak buah akak...

Selamat Hari Lahir ke 4 Danish, semoga jadi anak yang soleh..Amin..

Sabtu, 9 April 2011

Cupcakes Buttercream - order from Fida Tmn Merdeka

Alhamdulillah, Pn. Fida order lagi cupcakes untuk ke 2 kalinya dengan saya. Terima kasih Fida kerana memberi kepercayaan pada saya, walaupun dalam keadaan kritikal...(call last minit) hehehe..akhirnya dapat jugaku menyiapkan cupcakes ini walaupun terpaksa bersengkang mata sampai ke pukul 2.30 pg...

Fida, kalau ada terlebih terkurang kira halalkan ye...lain kali jangan request last minit okey...plain awal2 sikit supaya tak kelam kabut....anyway...Thank you from me for this job....:-)..Luv u..

Rabu, 6 April 2011

Cheese Brownies

CHEESE BROWNIES

Selamat petang semua.....bagi penggemar cheese mesti geram tengok gambar ni kan....huish!! kalau brownie ni dah ada depan mata mesti dah tak pandang kiri kanan lagi....hehehe..okey lah, x mo ckp banyak lagi..apa kata kalau  kawan2 follow resepi kat bawah ni....Selamat Mencuba

Bahan2 :-
125 gm Butter * dikerat2
150 gm coklat masakan * dikerat2
2 bj telur gred A
2/3 cwn gula kastor
3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung kek

Bahan Topping :-
250 gm Cream Cheese - saya guna brand Tatura
1 sudu teh esen Vanilla
1 bj telur
1/3 cwn gula icing

CARA2 MEMBUAT :-

1. Campurkan butter dan coklat masakan dalam periuk, didihkan atas api sederhana dan kacau samapi
    larut..(double boiling) - dah larut ketepikan
2.  pukul telur dan gula kastor dengan kelajuan tinggi hingga naik dan berkrim...
3. Tuangkan cairan butter dan coklat tadi ke dalam adunan telur, kacau rata (guna senduk aje)
4. Selepas itu masukkan pula tepung sedikit demi sedikt dan kacau hingga sebati...
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dan alas ngn kertas size 7 x 7 bakar
    dalam 25minit.
6. Sementara nak tunggu brownie masak, siapkan krim cheese.
7. Campurkan semua bahan topping dan pukul hingga kembang dan sebati.
8. Seteleah brownies separuh masak, keluarkan dr oven dan tuangkan krim cheese atasnya dengan rata dan
   bakar semula dalam 15 minit atau sehingga cheese kekuningan....Jangan hangus suda!!
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk..dan masukkan terus dlm freeze lbh kurang 3 jam,
    baru boleh dipotong untuk dihidangkan.....Sekian...

Selamat Mencuba Ye Kengkawan....

Selasa, 5 April 2011

Yee Mee Kantonis - air tangan suami untuk isterinya yg dh x larat nk masuk dapur...hehehe

Mama dh penat sangat ni....sbb siang malam berjaga anak demam..tp  perut dok bunyi lagu keroncong...nasib baik en asben ade mood nk masak...jadi inilah masakan yg disediakan untuk isterinya yg dikasihi....Thank abang....apalagi aku pun bedallah sampai licin...sbb aku mmg betul2 lapar & penat...bukan sengaja malas tp saje nak bermanja2...lagipun bukan selalu  kannn???..hehe

YEE MEE KANTONIS

Bahan2:-

2 ulas bwg putih
1/2 inci halia
sebijik bwg kecil merah
* semua bhn di atas dicincang
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar stok ayam maggi
1 sudu besar kicap masin
1 biji telur
sedikit cendawan shitake
sedikit sawi
sebiji tomato - dibelah bbrp bahagian
bbrp biji fish ball
sedikit isi ayam
sedikt minyak untuk menumis
sedikit air
1 sudu tepung jagung + sedikit air
Yee Mee 1 keping
Garam secukup rasa

CARA-CARA MEMBUATNYA:-

1. Mula-mula panskan kuali & masukkn 2 sudu besar minyak masak, tumis bahan2 cincang..bila dh naik bau masukkn pula cili..kacau & masukkn air.

2.Bila dh mendidih masukkn stok ayam, ayam, kicap, sawi, fish ball, cendawan & garam secukup rasa...

3.Bila kuah dh mendidih sket baru masukkn telur & tomato.....agak2 bila telur dh masak baru masukkn yee mee ...dan tepung jagung yg telah dicampur air...Dah siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!







Ahad, 3 April 2011

DOORGIFT CUPCAKES

Doorgift Cupcakes, sesuai untuk dijadikan buahtangan kepada tetamu bagi meraikan majlis perkahwinan, perayaan, kenduri, cukur jambul, jamuan dsb..

CUPCAKES BUTTER CREAM


Cupcakes Buttercream (simple deco)
 with dome container
Flavor - choc moist
Prize per 1 pcs RM 1.80
Minima order 50 pcs
M size 2  1/2 ounz



CUPCAKES BUDGET

Cupcakes Budget
Flavor - choc moist
with flat container
Prizes per 1 pcs Rm 1.00
Minima order 50 pcs
M size 2  1/2 ounz


Minima order 50 pcs
M size 2  1/2 ounz


APAM MEKAR SODA

Hari ni terlebih rajin plak...apelagi, bermulalah operasi membuat kuih APAM MEKAR di dapur....Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar...seronok bile tengok hasilnya...memang mekar sungguh apam ni.....gebu & tak manis sgt *sbb x suka manis, memang best sampai ank2 x sabar nk merasai kuih mama dia buat....mana taknya....kaler dia yg menarik buat ank2 jadi x sabar..hehehhe



 
Bahan-bahannya :-

250 gr tepung gandum * tp sy guna 200 gm tepung gandum & 50 gm tepung kek (diayak)
230 gr gula kastor * sy guna 200 gm je
2 bj telur gred A
1 cwn air Ais krim soda
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovalette
pewarna ikut kesukaan masing2

Cara-caranya :-

1. Mula2 pukul telur, gula kastor, esen vanilla dan ovalette hingga kembang & putih.
2. Selepas tu masukkn pula tepung yg tlh diayak tadi sedikit demi sedikit di selang-selikan dgn air ais krim
    soda. Pukul sebati dgn kelajuan sederhana.
3. Bahagikan kpd beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan anda.
4. Tuangkan adunan dalam papercup & kukus dgn api x sederhana kuat..dalam 20 minit...

 * Pastikan periuk kukus betul2 panas baru apam naik dengan cantik dan mekar.....Selamat Mencuba..