Ahad, 7 Ogos 2011

Resepi Blueberry Cheese Tart

Bahan-bahan untuk pastri :-
250gm butter / marjerin
80 gm gula icing
2 biji telur B
440 gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :-
Mula kacau dgn senduk je butter dan gula...masukkn telur dan esen kacau lagi.....pastu guna tangan pulak, masukkan tepung sikit-sikit...uli hingga menjadi doh yang boleh dikepal....jgn lembik sgt.
Ambil sedikit doh dan tekankan dalam acuan tart..cucuk-cucukkan permukaan tat dgn garfu....
Bakar doh pastri  selama 15 minit......dalam 175 darjah celcius.....
Dah masak kuarkan dr oven dan sejukkan....nak isikan filling cream cheese pula....

Gambar di atas ni tart yg dah dimasak...keluarkan dr acuan ye....

Sementara itu bolehla siapkan pula filling cheese pulak....

Bahan-bahan filling :-
300 gm Philadelphia cream cheese
70 gm gula ising
25 gm butter
1 bj telur A

*Pukul cream cheese, gula dan butter sampai kembang....masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati..kalau nk masukkan 1 sudu kecil esen vanilla pun boley gak...
*Masukkan dalam beg piping...pipingkan dalam tart dan sudukan sedikit blueberry atasnye.....Buatlah corak ikut suka atau kreativiti masing2....
*Bakar lagi dlm 20 minit.....kemudian angkat......kalau nk tahan lama boleh simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup....

Selamat Menjamu Selera









1 ulasan:

Revathi Kannan LLB (Hons.) berkata...

boleh tak saya tak nak guna mesin pemukul...guna tangan untuk buat doh untuk jam tart?