Rabu, 6 April 2011

Cheese Brownies

CHEESE BROWNIES

Selamat petang semua.....bagi penggemar cheese mesti geram tengok gambar ni kan....huish!! kalau brownie ni dah ada depan mata mesti dah tak pandang kiri kanan lagi....hehehe..okey lah, x mo ckp banyak lagi..apa kata kalau  kawan2 follow resepi kat bawah ni....Selamat Mencuba

Bahan2 :-
125 gm Butter * dikerat2
150 gm coklat masakan * dikerat2
2 bj telur gred A
2/3 cwn gula kastor
3/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung kek

Bahan Topping :-
250 gm Cream Cheese - saya guna brand Tatura
1 sudu teh esen Vanilla
1 bj telur
1/3 cwn gula icing

CARA2 MEMBUAT :-

1. Campurkan butter dan coklat masakan dalam periuk, didihkan atas api sederhana dan kacau samapi
    larut..(double boiling) - dah larut ketepikan
2.  pukul telur dan gula kastor dengan kelajuan tinggi hingga naik dan berkrim...
3. Tuangkan cairan butter dan coklat tadi ke dalam adunan telur, kacau rata (guna senduk aje)
4. Selepas itu masukkan pula tepung sedikit demi sedikt dan kacau hingga sebati...
5. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yg telah digris dan alas ngn kertas size 7 x 7 bakar
    dalam 25minit.
6. Sementara nak tunggu brownie masak, siapkan krim cheese.
7. Campurkan semua bahan topping dan pukul hingga kembang dan sebati.
8. Seteleah brownies separuh masak, keluarkan dr oven dan tuangkan krim cheese atasnya dengan rata dan
   bakar semula dalam 15 minit atau sehingga cheese kekuningan....Jangan hangus suda!!
9. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk..dan masukkan terus dlm freeze lbh kurang 3 jam,
    baru boleh dipotong untuk dihidangkan.....Sekian...

Selamat Mencuba Ye Kengkawan....

Tiada ulasan: