Ahad, 3 April 2011

APAM MEKAR SODA

Hari ni terlebih rajin plak...apelagi, bermulalah operasi membuat kuih APAM MEKAR di dapur....Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar...seronok bile tengok hasilnya...memang mekar sungguh apam ni.....gebu & tak manis sgt *sbb x suka manis, memang best sampai ank2 x sabar nk merasai kuih mama dia buat....mana taknya....kaler dia yg menarik buat ank2 jadi x sabar..hehehhe



 
Bahan-bahannya :-

250 gr tepung gandum * tp sy guna 200 gm tepung gandum & 50 gm tepung kek (diayak)
230 gr gula kastor * sy guna 200 gm je
2 bj telur gred A
1 cwn air Ais krim soda
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovalette
pewarna ikut kesukaan masing2

Cara-caranya :-

1. Mula2 pukul telur, gula kastor, esen vanilla dan ovalette hingga kembang & putih.
2. Selepas tu masukkn pula tepung yg tlh diayak tadi sedikit demi sedikit di selang-selikan dgn air ais krim
    soda. Pukul sebati dgn kelajuan sederhana.
3. Bahagikan kpd beberapa bahagian dan warnakan ikut kesukaan anda.
4. Tuangkan adunan dalam papercup & kukus dgn api x sederhana kuat..dalam 20 minit...

 * Pastikan periuk kukus betul2 panas baru apam naik dengan cantik dan mekar.....Selamat Mencuba..

Tiada ulasan: